Minggu, 05 Februari 2012

MASIHKAH KAU SANGSIKAN


Senandungmu kini
Tiada lagi terkucur makna rindu
Keruh tiada mampu
Kujadikan pemandian keresahan
Pelangi hadir,
Namun gunturpun manampar impian

Mandul harapan
Tiada berbenih janin cinta
Dia berlalu tanpa pesan dihati
Hingga aku tiada
Bermimpi dalam siang
Hari kehari kenyataan
Selalu menghapus aksara
Dan penakupun terpejam
Dalam sebuah khayal

Wahai kau cinta,
Kenapa saja kau datang
Dengan tawarkan fatamorgana
Masihkah kau sangsikan Mutiara
Yang tersimpan dalam hati ini
Apakah memang hadirmu
Hanya untuk ciptakan
Bayang-bayang ilusi

Jika memang
Penamu mengangguk iya
Tolonglah jauh dari alas mimpi
Kerana kembaraku
Bukanlah mencari asa semu
Namun gemggamku
Ingin merengkuh cinta yang akan kugagahi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar